LARAKU SINGLE SOLO PERTAMA EMMJAY
Konsep MV ini datangnya dari Jae Alba iaitu Pengurus EmmJay sekaligus ditambahbaik oleh team produksi Silent Set Entertainment termasuk EmmJay sendiri.
SHAH ALAM, 1 Jun, 2021 (June) – Salah seorang penyanyi dari Silent Set Entertainment iaitu EmmJay telah mengeluarkan rilisan single, “Laraku” bersama video muzik rasmi (MV) di semua platform streaming.“Laraku” adalah single terbaru Emmjay yang dihasilkan bersama produser Silent Set Entertainment, Aidy’Ad. “Laraku” mengabungkan elemen Jepun dan irama Malaysia. Emmjay dan Aidy’Ad sering bergabung menghasilkan produk muzik yang berkualiti antaranya Buana, Adigung dan beberapa lagu lain.
MV rasmi “Laraku” telah dihasilkan dan diterbitkan oleh Silent Set Entertainment. Konsep MV ini datangnya dari Jae Alba iaitu Pengurus EmmJay sekaligus ditambahbaik oleh team produksi Silent Set Entertainment termasuk EmmJay sendiri.Setiap lagu yang dihasilkan oleh Silent Set Entertainment dan EmmJay khususnya pastinya ada kelainan. Rakaman muzik video ditangguhkan beberapa kali kerana costum samurai dan geisha ditempah khas dari luar negara untuk projek ini.
Bertemakan Geisha dan Jepun, Jalan cerita muzik video ini bermula apabila seorang samurai di tugaskan untuk membunuh geisha itu namun dia terjatuh hati kepada geisha itu. Dek kerana jatuh hati dengan geisha itu akhirnya keputusannya itu memakan diri. MV rasmi tersebut turut menampilkan produser bagi lagu iniAidy’Ad sebagai samurai. Dengan keunikan Emmjay didalam penyampain lagu dan gerak tarian didalam muzik video ini, MV rasmi “Laraku” dijangka akan menarik perhatian pelbagai pihak. Dengan persiapan dan kelengkapan yang rapi muzik video “Laraku” satu pengalaman yang istimewa bagi penonton.
Dengan pegeluaran audio rasmi dan MV rasmi “Laraku” EmmJay kini bersedia untuk pengeluaran beberapa single dan MV-MV. Banyak kolaborasi yang dilakukan didalam lagu bersama artis hip hop antaranya Mad Doby, Fahmi Anuar, Mohsein dan beberapa artis lain lagi termasuk YAPH. Penyanyi yang berasal dari Lahad Datu Sabah ini mungkin baru sahaja menapakkan diri dalam industri muzik Malaysia walaupun sudah bermula sejak 3 tahun yang lepas namun, kesemua lagu yang dihasilkan sangat unik dan mendapat perhatian perminat diluar negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia melalui lagu Buana dan Adigung. Selain itu EmmJay juga mempunyai lagu bergenre patriotik iaitu “Tanah Merdeka” yang dinyanyikan bersama AzamRhadio, YAPH dan Kmy Kmo yang disiarkan pada tahun 2019.
Dengan keyakinan yang ada EmmJay sudah bersiap sedia untukmenggegarkan industri muzik Malaysia tanah air, menarik perhatianramai baik di peringkat lokal mahupun antarabangsa.Untuk maklumat terkini, sila ikuti EmmJay di media sosial; YoutubeSilent Set Entertainment, Instagram @emmjay.wom dan Facebook; SilentSet Entertainment.