BANGSA MERDEKA BUAH TANGAN PEMUZIK ALTERNATIF MALAYSIA
Projek “Bangsa Merdeka” telah bermula sejak tahun lepas lagi tetapi disebabkan pandemik yang melanda dunia dan negara khususnya, projek “Bangsa Merdeka” ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan disambung semula pada tahun ini.
SHAH ALAM, 14 September, 2021 (Selasa) – Silent Set Entertainment sekali lagi akan melancarkan lagu bertema kenegaraan pada 16 September 2021 setelah melancarkannya buat kali pertama pada tahun 2019 melalui lagu “Tanah Merdeka”. Projek “Bangsa Merdeka” telah bermula sejak tahun lepas lagi tetapi disebabkan pandemik yang melanda dunia dan negara khususnya, projek “Bangsa Merdeka” ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan disambung semula pada tahun ini.
Jika “Tanah Merdeka” mereka beradu suara bersama Kmy Kmo dan bergenre Hip Hop, bagi “Bangsa Merdeka” sekali lagi menampilkan trio lagu bertemakan kenegaraan sebelum ini iaitu AzamRhadio, EmmJay dan YAPH juga ditambahbaik dengan kehadiran kembali Toteng dari kumpulan pemuzik oi! Conflict Crisis dan lagenda Hardcore Malaysia iaitu Ein dari Second Combat. Idea “Bangsa Merdeka” datang dari salah seorang penyanyi didalam lagu ini iaitu AzamRhadio dan ditambah baik olehY APH dan EmmJay.
Muzik Asal dikompos oleh Bobo dari kumpulan Kill My Bride dan YAPH. Bila ditengok dengan barisan artis yang akan menyanyikan lagu “Bangsa Merdeka” sudah pasti ianya mempunyai kelainan. “Bangsa Merdeka” Mengabungkan 4 genre berlainan iaitu balada, Hip Hop, Hardcore dan Muzik Oi!. Tidak ada yang mustahil itulah ungkapan yang sering bermain difikiran tatkala melakukan projek “Bangsa Merdeka”. Jarang kita dapatd engarkan 4 genre didalam satu lagu membuatkan “BangsaMerdeka” mempunyai keistimewaan tersendiri.
“Bangsa Merdeka” bukan sahaja mengabungkan penyanyi sahaja malahan “Bangsa Merdeka” Juga berjaya mengabungkan pemuzik pemuzik berbakat Malaysia yang juga membawa aliran muzik alternatif. Antara pemuzik yang sama menjayakan “Bangsa Merdeka” ialah Odie dari Upon Arrival, Peakay Farhan dari Stubborn Band dan Christopher Muhammad Yusof dari Groundrule. “Bangsa Merdeka” membuktikan muzik adalah universal dan “Bangsa Merdeka” juga salah satu contoh dan bukti penyatuan dapat dibina melalui muzik. Kepelbagaian genre didalam “Bangsa Merdeka” menjadi simbolik kepada kepelbagaian bangsa diMalaysia. Ini juga sekaligus menguatkan lagi harapan mereka untuk melihat pucuk kempimpinan negara bersatu demi memajukan negaras ekaligus berhenti dari bertelagah mengenai hal yang remeh. “Sedangkan kami pengamal muzik yang berlainan pendapat dan ideologi mampu bersatu didalam satu lagu bertema kenegaraan, kami yakin dan pasti pucuk kempimpinan negara tanpa mengira pati, agama dan bangsa mampu melakukan sesuatu dan berhenti memainkan isu perkauman di negara kita kerana Bangsa Malaysia, Bangsa yang merdeka”.
Dengan pegeluaran audio rasmi dan lirik video rasmi “Bangsa Merdeka” Silent Set Entertainment kini bersedia untuk pengeluaran beberapa single dan Muzik video. Dengan keyakinan yang ada Silent SetEntertainment bersiap sedia untuk mencuri perhatian peminat dan pengamal muzik tanah air agar perkembangan muzik yang sihat dapat dilaksanakan dimasa hadapan.Untuk maklumat terkini, sila ikuti Silent Set Entertainment di mediasosial; Youtube Silent Set Entertainment, Instagram @silentset.ent danFacebook; Silent Set Entertainment